Permasalahan Tatabahasa

THONG CHOW SIM
D20102045312

Monday, 5 December 2011

Permasalahan Tatabahasa

Banyak kesalahan tatabahasa akan berlaku pada setiap hari dalam kehidupan kita. Kenal pastikan kesalahan tatabahasa itu demi memartabatkan Bahasa Melayu kita.

Contoh ayat yang ada kesalahan tatabahasa.
1. Saya tidak dapat mengikuti lawatan ke China kerana gagal memperoleh kelulusan daripada majikan.
2. Tidak semua orang sukan makan keoy teow goreng.
3. Biasanya ulam-ulam yang dijual di pasar tani segar belaka.
4. Dia dimasukkan ke wad setelah disahkan mengidap demam denggi.
5. Dia memesan segelas teh "o" ais limau.
6. Sarapan rutinnya cumalah dua biji telur setengah masak.
7. Burung-burung berterbangan di angkasa.
8. Walaupun berjauhan, kami kerap berutusan.
9. Murid-murid diminta berbaris di kantin.
10. Ayah sering bolak-balik ke pejabat dengan motosikal.
11. Katanya Filem "Senja Nan Merah" memiliki kelas yang tersendiri.
12. Kereta yang mereka naiki terhumban ke tali air.

Cadangan ayat yang betul.
1. Saya tidak boleh mengikuti lawatan ke China kerana gagal memperoleh kelulusan daripada majikan.
2. Bukan semua orang sukan makan kue tiau goreng.
3. Biasanya ulam-ulaman yang dijual di pasar tani segar belaka.
4. Dia dimasukkan ke wad setelah disahkan menghidap demam denggi.
5. Dia memesan segelas teh "o" limau ais.
6. Sarapan rutinnya cumalah dua butir telur masak setengah.
7. Burung berterbangan di angkasa./ Burung-burung terbang di angkasa.
8. Walaupun berjauhan, kami kerap berutus.
9. Murid diminta berbaris di kantin.
10. Ayah sering berulang-alik ke pejabat dengan motosikal.
11. Katanya, " Filem 'Senja Nan Merah' memiliki kelas yang tersendiri ".
12. Kereta yang dinaiki oleh mereka terhumban ke tali air.

No comments:

Post a Comment